VISI
Menjadi penyelaras pendidikan dan kebajikan yang terkemuka sebagai NGO untuk Malaysia dan dunia.
Peneraju di dalam sektor kebajikan dan pendidikan bagi memartabatkan golongan Asnaf di Malaysia
Misi
- Kami adalah sebuah NGO yang menyalurkan
bantuan umum kepada Asnaf kanak-kanak di dalam
dan luar negara - Kami menawarkan solusi praktikal, berimpak besar
dan terbukti di dalam usaha memartabatkan Asnaf di
dalam dan luar negara - Kami mengkoordinasikan sumber sedia ada secara
praktikal di dalam menyalurkan bantuan dan
membina kelangsungan jangka masa panjang - Kami ingin melahirkan masyarakat yang erat dan
saling bantu membantu di dalam mencapai
keredhaan Ilahi di dunia dan akhirat.
Objektif
Menyediakan Pendidikan Berkualiti
Memperkasa akses kepada pendidikan berkualiti untuk golongan kurang berkemampuan melalui biasiswa, bantuan sekolah, dan program pendidikan berimpak tinggi
Menyediakan Bantuan Kecemasan dan Pemulihan
Menyelaraskan bantuan segera bagi mangsa bencana alam, konflik, dan krisis kemanusiaan dengan fokus kepada pemulihan jangka panjang.
Memantapkan Pengurusan dan Tadbir Urus
Mengamalkan pengurusan yang telus, akauntabiliti, dan berorientasikan hasil dalam setiap aspek pentadbiran serta pengurusan dana yayasan.
Membangunkan Program Kebajikan Berimpak Tinggi
Menggerakkan inisiatif bantuan kemanusiaan yang mampan bagi membantu golongan asnaf, miskin, anak yatim, dan komuniti yang memerlukan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Mengukuhkan Kerjasama Strategik
Menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan, NGO lain, dan sektor korporat bagi memperluas capaian dan meningkatkan keberkesanan program.
