YAYASAN INFAQ MALAYSIA
Qurban afrika 2023
MARILAH MENYAHUT PANGGILAN SAUDARA KITA DI AFRIKA
Marilah bersama mencapai Redha Allah dengan berkongsi sebahagian daging sembelihan Qurban & Aqiqah pada Hari Raya Aidiladha tahun ini di bumi Afrika.
Yayasan Infaq Malaysia (YIM) membuka peluang kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan negara jiran untuk melakukan ibadah Qurban di bumi Afrika yang masih parah menghadapi krisis kebuluran dan keperluan asas.
Alhamdulillah dengan Izin Allah, kami telah berjaya mengagihkan daging Qurban ke semua destinasi berkenaan. Dengan sokongan berterusan anda, kami akan mengagihkan lagi pada tahun ini di Kenya dan Tanzania.
Pada beberapa tahun lepas, YIM telah berjaya melakukan ibadah Qurban Aceh Indonesia, Zamboangan Filipina, Afrika Selatan, Tanzania, Nepal dan banyak negara lain. Kami menyaksikan sendiri bagaimana asnaf di sana beratur dengan panjang berkilometer bagi mendapatkan daging yang anda niatkan ini.
Ketahuilah bahawa, ramai di antara mereka hanya merasa daging sebulan sekali bahkan ada yang lebih jarang daripada itu.
Untuk pengetahun sahabat semua, berikut adalah statistik yang amat membimbangkan kita ;
1. Menurut World Bank, 36.7% dari rakyat Kenya adalah di bawah kategori miskin, Tanzania 26.4%, berbanding dengan Malaysia sebanyak 8.4%
2. 5 ribu kanak-kanak mati setiap hari berpunca dari bekalan air tidak bersih (wateraid.org)
3. Menurut Bank Dunia, punca air bersih berkurang saban tahun sejak 1970 hingga hari ini
Suasana di sana serba daif di kebanyakan negeri di benua Afrika ini. Paling menyentuh hati apabila ada di antara mereka yang tidak putus-putus mengucap syukur dengan sembelihan yang telah diagihkan di kawasan mereka. Dengan kemurahan hati rakyat Malaysia, mereka dapat merasai keenakan daging korban yang dikongsi bersama asnaf-asnaf yang lain.
Dari Aisyah RA, Nabi SAW bersabda :
“Tidak ada suatu amalan pun yang dilakukan manusia pada hari raya Korban yang lebih dicintai Allah SWT dari menyembelih haiwan Korban. Sesungguhnya haiwan yang telah dikorbankan itu kelak pada hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya sebelum darah Korban itu menyentuh tanah, (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kalian semua dengan (pahala) Korban itu.” (HR Tirmidzi)
Ibadah Qurban amat dituntut untuk dilakukan pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Antara hikmah, umat islam dapat berkongsi rezeki yang Allah berikan bersama insan lain dengan membantu mereka yang kurang berkemampuan dan berhajat untuk mengembirakan mereka.
Sebelum penyembelihan, akan di bacakan nama-nama yang menyertai misi korban.
Cuba bayangkan, daging yang telah disedekahkan itu di makan beramai-ramai bersama keluarga mereka. Tambahan mereka sudah lama tidak merasai hidangan makanan yang lengkap. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah yang memberi rezeki buat hambanya.
Oleh itu, YIM mengajak anda semua untuk menyertai Misi Korban di Kenya dan Tanzania dengan serendah RM 425 untuk satu bahagian. Setiap nama yang telah didaftarkan akan diberikan sijil dan di hantar ke rumah.
Borang Pesanan
YIM sedaya upaya menyediakan harga yang terbaik dari pasaran di destinasi agihan, supaya lebih ramai muslim dari segenap lapisan masyarakat dapat menyertai ibadah Korban pada setiap tahun.
Peluang masih lagi dibuka, YIM mensasarkan sebanyak 100 ekor yang akan disembelih dan diagihkan nanti. Jika tuan/puan berminat, boleh terus menghubungi Pengurus Yayasan Infaq Malaysia 019-9999 468 dan melengkapkan info bayaran pada borang ini.
Makluman :
Setelah melakukan pembayaran di borang ini, sila hubungi Person In Charge (PIC) kami di nombor yang tertera 019-9999 468. Hal ini adalah bertujuan untuk penentuan bahagian daging korban anda.
- Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada YAYASAN INFAQ MALAYSIA. Resit pembayaran akan diemail terus ke akaun email anda.
- Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Billplz
- Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Pengurus Yayasan Infaq Malaysia : 019-9999 468
- Untuk pembayaran transfer terus, akaun Maybank kami adalah :
- Maybank Yayasan Infaq Malaysia
- Nombor akaun : 562731110782
- Sila whatsapp resit pembayaran kepada nombor 019-9999 468 bagi kepastian maklumat tempahan dan lain-lain.