Infaq Foundation

Program Utama

Program Pendidikan dan Projek Sekolah Wakaf

Yayasan Infaq Malaysia

Pendidikan merupakan modal insan utama di dalam inisiatif untuk membina negara maju.

Yayasan Infaq Malaysia mengambil langkah proaktif di dalam membawa kepakaran seluruh dunia kepada Asnaf kanak-kanak yang berada di Malaysia terutamanya.

Bimbingan bersepadu dan komprehensif diberikan sewaktu dan selepas waktu sekolah.

Ini amat penting bagi kami di dalam membina syahsiah yang padu bagi persiapan generasi baru bagi menghadapi dunia yang penuh mencabar dan persaingan.

Dengan wujudnya rakan strategik dalam dan luar negara, YIM yakin mampu untuk mewujudkan programpendidikan yang berimpak tinggi dan komprehensif.

Ibadah Akikah & Qurban

Yayasan Infaq Malaysia

Ibadah Akikah dan Qurban telah sebati di dalam masyarakat Malaysia.

Setiap kali kelahiran anak baru, menjadi kelaziman bagi pasangan berkenaan untuk melaksanakan ibadah akikah.

Yayasan Infaq Malaysia (YIM) menyediakan pakej akikah tempatan di mana agihan dibuat kepada golongan Asnaf yang paling memerlukan iaitu, Asnaf Kanak-kanak.

YIM akan mengkoordinasikan agihan makanan/akikah berkenaan kepada rumah yang bersesuaian dan berkelayakan.

YIM juga menyediakan pakej qurban/akikah luar negara bagi mana-mana peserta yang ingin membuat lawatan pendek ke negara berkenaan.

Ini membolehkan peserta melihat sendiri suasana penyembelihan dan membuat agihan sendiri di negara berkenaan.

Secara tidak langsung, YIM menyediakan platfom untuk menyantuni golongan Asnaf bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara.

Agihan Makanan Panas ke Asnaf

Yayasan Infaq Malaysia

Yayasan Infaq Malaysia juga menawarkan agihan makanan panas (siap masak) kepada golongan sasar Asnaf Kanak-kanak di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor.

Program ini juga menerima penyertaan bagi mana-mana individu yang ingin menjelaskan hutang Kaffarah dan Fidyah seterusnya memberi makanan kepada Asnaf Fakir dan Asnaf Fakir Miskin.

Program ini amatlah bersesuaian bagi penjawat awam mahupun swasta yang kesibukan kerja dan tidak sempat untuk menguruskan agihan makanan kaffarah dan fidyah ini di dalam bandar.

YIM juga menyediakan katering bagi kenduri kahwin bagi menyantuni Asnaf Kanak-kanak.

Ini adalah merupakan satu-satunya peluang Asnaf Kanak-kanak ini bagi menghadiri majlis meriah dan menjamu makanan enak kerana kebanyakan mereka tidak berpeluang sebelum ini.