Infaq Foundation

Lembaga Amanah

Prof Dr Azmuddin Ibrahim

Pengerusi, Yayasan Infaq Malaysia

Assalamualaikum wrb, salam sejahtera saya ucapkan.

Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat Ilahi, Yayasan Infaq Malaysia (YIM) telah sampai ke tahap ini. YIM mensasarkan program-program yang berimpak tinggi kepada seluruh warga Asnaf yang berkeperluan di bandar dan juga di luar bandar. Kami juga turut menyediakan program dan pakej infaq di luar negara bagi mana-mana pihak yang berhajat untuk membuat capaian antarabangsa.

Bantuan dan sokongan dari pihak umum amatlah kami alu-alukan. Kami juga menjemput mana-mana individu bagi menyertai program sukarelawan bagi berbagai program YIM.

Salam pengenalan dari saya dan jutaan terima kasih.

Dato‘ Aminuddin Hj. Che Hassan

Ahli Lembaga Amanah, Yayasan Infaq Malaysia

Assalamualaikum wrb, salam sejahtera saya ucapkan.

Tahniah kepada para petugas dan AJK yang terlibat di dalam pembangunan Yayasan Infaq Malaysia (YIM). Saya yakin YIM adalah sebuah madah yang segar dan sesuai dengan permintaan masyarakat bagi mengkoordinasi dan
membantu golongan Asnaf yang berkeperluan.

Saya juga yakin bahawa YIM mampu menerajui beberapa sektor di dalam Malaysia terutama di dalam pendidikan selari dengan visi Kementerian Pendidikan Negara iaitu ”Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Akhir kalam, kami menjemput semua lapisan masyarakat untuk turut serta
di dalam berbagai usaha yang YIM usahakan.

Sekian terima kasih.